Search This Blog

Monday, March 21, 2016

14 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan

14 buah kenderaan kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari

MOHD FAHMI ISMAIL

21 MAC 2016

14 buah kenderaan kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari

 SHAH ALAM - Kesesakan teruk berlaku di Persiaran Mokhtar Dahari, akibat kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan di sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 12.48 tengah hari.
Mohd Sani berkata, sejurus itu sepasukan enam anggota dan seorang Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.12 petang.
"Laporan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan 12 buah kereta, sebuah lori kontena dan sebuah lori pasir.
"Ia berlaku di Persiaran Mokthar Dahari, dekat simpang empat menghala masuk ke Subang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
"Ketika bomba sampai, mangsa yang cedera sudah tiada di lokasi.
"Bagaimanapun, kami difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

No comments:

Post a Comment