Search This Blog

Monday, March 21, 2016

13 Terbunuh, 30 Cedera Dalam Kemalangan Bas Di Sepanyol


Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 10:59 PM

SERAMAI 13 orang wanita yang dipercayai pelajar terbunuh dalam satu kemalangan di Sepanyol, manakala 30 orang lagi mengalami kecederaan.

Menurut pihak berkuasa, bas yang membawa pelajar-pelajar itu dipercayai terbabas melanggar penghadang jalan sebelum memasuki jalan bertentangan dan berlanggar dengan kenderaan lain di jalan raya AP7 di Tarragona, Sepanyol.

Mangsa-mangsa yang terbunuh dipercayai pelajar dari Britain, namun belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Turut berada di dalam bas tersebut adalah pelajar dari Switzerland, Norway, Turki, Ukraine, Itali, Hungary, Jerman, Sweden, Norway, Jepun, Poland, Bulgaria, Peru dan Republik Czech serta Barcelona yang berumur dari 22 hingga 29 tahun.

Presiden Catalan, Carles  Puigdemont mengesahkan mangsa yang terbunuh kesemuanya wanita dan turut mengumumkan dua hari sebagai hari bergabung.

Sementara itu, pemandu bas berusia 71 tahun terselamat dalam insiden itu dan didapati negatif ujian dadah dan alkohol.

Pelajar-pelajar tersebut berdaftar di Universiti Barcelona dalam program pertukaran pelajar Eropah Erasmus.

Kemalangan itu berlaku berhampiran dengan pekan kecil di Freginals, 95 batu (153 km) dari selatan Barcelona.

No comments:

Post a Comment