Search This Blog

Monday, March 21, 2016

13 orang terkorban bas bertembung kereta

DUNIA ISNIN, 21 MAC 2016 @ 8:25 AM

SERAMAI 13 pelajar pelbagai kerakyatan terkorban dan berpuluh lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa mereka dari pesta popular di sini bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah hadapan. - Foto AFP

TORSTOSA (Sepanyol): Seramai 13 pelajar pelbagai kerakyatan terkorban dan berpuluh lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa mereka dari pesta popular di sini bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah hadapan. Pelajar itu yang menyertai program pertukaran pelajar Eropah di timur laut wilayah Catalonia, berasal dari beberapa negara termasuk Britain, Belanda, Ukraine, Switzerland, Norway dan Sweden serta Jepun dan Peru. Pejabat kerajaan wilayah berkata, pelajar dari New Zealand juga terdapat di dalam bas dan tidak dapat dipastikan sama ada terdapat rakyat Sepanyol di kalangan penumpang berkenaan. Kesemua yang terkorban adalah perempuan tetapi pihak berkuasa belum lagi mengumumkan kerakyatan mereka. Kemalangan berlaku sebelum jam 6 pagi waktu tempatan dekat bandar kecil Freginals, kira-kira 150 kilometer selatan Barcelona, ketika pelajar dalam perjalanan pulang dari menyaksikan Festival Fallas di timur Valencia yang terkenal dengan patung gergasi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135621

No comments:

Post a Comment