Search This Blog

Monday, March 21, 2016

12 orang maut helikopter tentera Indonesia terhempas


ISNIN, 21 MAC 2016 @ 9:52 AM



SEBAHAGIAN daripada sebuah helikopter tentera yang terhempas di Poso Kabupaten, Sulawesi Tengah, pada petang Ahad. Sekurang-kurangnya tiga belas orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu. - Foto Jakarta Post
JAKARTA: Dua belas maut apabila helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di tengah Indonesia semalam, siri kemalangan udara terbaru membabitkan pasukan keselamatan negara itu, kata pegawai.

Helikopter Bell 412 itu terhempas di Kampung Kasiguncu di daerah Poso, Sulawesi, lokasi militan Islam melancarkan perang gerila terhadap kerajaan.

"Dua belas mayat ditemui dan dikenal pasti," kata jurucakap tentera, Tatan Sulaiman, menambah pasukan penyelamat masih mencari seorang lagi anggota kru.

Helikopter itu, yang membawa tujuh penumpang dan enam kru, terhempas 35 minit sejurus berlepas, dan 10 minit sebelum ia sepatutnya mendarat, kata tentera.

Hujan lebat ketika nahas berlaku dan Sulaiman berkata, cuaca buruk dilihat sebagai kemungkinan punca kejadian.

Tentera Indonesia dikejutkan dengan nahas pesawat sejak beberapa tahun ini.

Tahun lalu, pesawat kecil Super Tucano terhempas di kawasan berpenduduk padat ketika penerbangan ujian, menyebabkan tiga terbunuh. - AGENSI

No comments:

Post a Comment