Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Zika: Empat Wilayah Florida Diisytihar Darurat


Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 10:30 AM

TAMPA: Empat wilayah sekitar Florida diisytiharkan darurat kesihatan awam susulan kes berkaitan virus Zika.
Wilayah yang terbabit dengan darurat itu ialah Miami-Dade di selatan Florida, Hillsborough di wilayah Tampa Bay, Lee County di barat daya Florida dan Santa Rosa County di Florida Panhandle.
Perkara itu diumumkan Gabenor Florida, Rick Scott pada Rabu.
Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya meningkatkan kawalan nyamuk di beberapa kawasan paling teruk terjejas di negeri itu.
"Florida telah mencatat sembilan kes Zika melibatkan kegiatan pelancongan dan kami mahu memastikan negeri ini siap seda dan berwaspada terhadap penyebaran virus ini," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Scott turut mengarahkan pakar bedah di hospital negeri itu supaya mengisytiharkan darurat kesihatan awam berkenaan dan pegawai negeri memberi tumpuan terhadap penyemburan nyamuk di kawasan kediaman di daerah berkenaan.
Florida adalah negeri ketiga paling ramai penduduk di Amerika Syarikat. - Reuters

No comments:

Post a Comment