Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Warga emas maut disamun

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 12:31 PM


Oleh Norrasyidah Arshad Norrasyidah@by.com.my

ANGGOTA Polis dan pegawai penyiasat melalukkan pemeriksaan di lokasi kejadian di mana seorang lelaki berusia 87 tahun yang terbunuh di Taman Sentosa Klang. - Foto Muhammad Sulaiman

KLANG: Seorang warga emas berusia 87 tahun ditemui mati dengan kesan lebam pada muka dan kepala di sebuah rumah di Jalan Dato Dagang 35C, Taman Sentosa, pagi tadi.

Mangsa, Ong Chock Meng, ditemui anak lelakinya di tangga tingkat atas rumah dalam keadaan terlentang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan umpilan pada pintu gril rumah mangsa.

 "Kejadian ini dipercayai bermotifkan samun, namun polis masih meneruskan siasatan. "Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, anak ketiga mangsa yang mahu dikenali sebagai Ong, 60, berkata dia bergegas pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Jiran cakap pintu rumah ayah terbuka tetapi ayah saya tidak kelihatan. Apabila sampai, saya lihat ayah terbaring di tangga dan tidak sedarkan diri," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122980

No comments:

Post a Comment