Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow, 65, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Dia dikatakan bekerja di kedai milik abangnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.27 petang.
Menurutnya, sebuah jentera dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) membabitkan tujuh anggota terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tong gas berkenaan.
“Mangsa yang masih berada di atas motosikal serta dihempap tong gas itu berada hampir dengan tayar sebelah kanan bahagian hadapan lori.
“Kita hanya mengambil masa kira-kira satu minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan lifting bag untuk mengubah tong gas itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.
Katanya, lori tersebut membawa 12 tong gas namun insiden kemalangan itu mengakibatkan lima daripadanya terjatuh ke atas jalan raya.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” ujarnya.