Claudia Castillo menyifatkan tindakan pegawai polis itu telah melanggar undang-undang dan sesuatu harus dilakukan.
“Pegawai polis itu memandu terlalu laju, menyebabkan kereta saya terhuyung hayang dan saya merasa terganggu. Saya mula mengejarnya,” kata wanita itu, yang merakamkan adegan kejar mengejar itu melalui telefon bimbitnya.
Kata Castillo, pegawai polis itu memandu tanpa disiplin dengan kelajuan 100 kilometer sejam, menyebabkan wanita itu yang memandu dengan kelajuan 80 kilometer sejam tidak dapat mengejar kereta pegawai polis itu.
Menurut laman web WWLTV, tindakan wanita itu akhirnya berjaya menarik perhatian pegawai polis terlibat yang kemudian memberhentikan kenderaannya lantas Castillo dengan tegas terus bertanya pegawai polis itu melalui cermin keretanya.
“Saya ‘menahan’ kamu hari ini adalah kerana saya mahu tahu kamu ada kecemasan apa?” tanya wanita itu.
Pegawai polis berkenaan menjelaskan beliau dalam perjalanan ke pejabat dan tidak menyedari dia memandu terlalu laju, namun bersetuju bahawa wanita itu mempunyai hak untuk memberi pandangannya.
Pegawai polis itu kemudian meminta maaf dan berjanji akan memandu perlahan, malah turut bertanya sama ada Castillo mahu mengambil nama atau lencananya.
“Tidak mengapa saya hanya memikirkan setiap orang perlu menjadi contoh kepada orang lain,” kata Castillo.
Sementara itu Pengarah Polis, Juan Perez berkata, polis di Bahagian Polis Miami-Dade akan menyiasat insiden tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai polis berkenaan, sebaik-baik sahaja mengenal pasti pegawai polis dan wanita terbabit.