Anna del BoNno
Menurut portal Mail Online, pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Vincenzo Altobelli, 46, terhadap bekas isterinya, Anna del Bonno, 42, yang dilabel sebagai ‘pemalas’ kerana tidak menyediakan makan malam di meja, tidak membasuh, dan menggosok baju selain membersihkan rumah.
Malah Altobelli mendakwa, Bonno sering mengunci diri dalam bilik untuk mengelakkan melakukan hubungan intim sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.
“Kami gembira selama 15 tahun perkahwinan dengan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Stefano dan Franco.
“Tetapi sebelum kami bercerai, Bonno menurunkan berat badan dan menjaga menampilkan untuk berlaku curang dengan lelaki lain,” katanya seperti dikemukakan kepada sebuah mahkamah di pekan Sonnino, Lazio.
Bagaimanapun, Bonno menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dirinya sebagai isteri yang sempurna dengan melakukan kerja rumah serta menjaga anak-anak.
“Saya tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap dirinya (Altobelli) kerana saya merupakan seorang wanita yang tenang,” katanya.
Bonno bercerai dengan Altobelli pada 2014 dan kini tinggal bersama kekasih baharunya di pekan Terracina.
Pihak polis tempatan merujuk kes itu kepada mahkamah dan Bonno akan menghadapi perbi­caraan pada 12 Oktober depan serta berdepan hukuman penjara antara dua hingga enam tahun jika didapati bersalah atas tuduhan menganiaya keluarga.