Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Virus Zika kini darurat global


BEGINILAH keadaan kepala bayi yang cacat akibat diserang virus Zika ketika dalam kandungan.


GENEVA – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan kelmarin mengisytiharkan virus Zika yang semakin merebak di Amerika Selatan sebagai darurat kesihatan global.
Beliau berkata, ia berikutan peningkatan mendadak kes mikrosefali iaitu keadaan teruk apabila bayi dilahirkan dengan kepala dan otak kecil yang berpunca daripada virus bawaan nyamuk yang memerlukan perhatian antarabangsa.
“Keadaan itu kini merupakan darurat kesihatan awam yang memerlukan perhatian semua di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.
WHO sebelum ini menerima tekanan untuk bertindak pantas bagi menangani penularan virus Zika selepas mengakui badan itu lambat bertindak ketika wabak Ebola menular di beberapa bahagian di barat Afrika tahun lalu.
Menurut Chan, satu mesyuarat dalam kalangan pakar kesihatan yang menganggotai jawatankuasa darurat badan tersebut telah bersetuju terdapat satu hubu­ngan yang kuat antara jangkitan Zika ketika mengandung dan mikrosefali tetapi belum dibuktikan secara saintifik.
“Kluster kes-kes mikrosefali dan lain-lain komplikasi saraf menjadikannya satu kejadian luar biasa dan satu ancaman kesihatan awam kepada dunia,” katanya.
WHO minggu lalu mengeluarkan amaran virus bawaan nyamuk itu sedang ‘merebak pantas’ di benua Amerika dan menyatakan rantau itu mungkin menyaksikan sehingga empat juta jangkitan kes Zika sepanjang tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3z3Wd9uP6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment