Search This Blog

Friday, February 5, 2016

Virus Zika: Dua kes akibat pemindahan darah di Brazil

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2016 @ 11:36 AM




DUA kes virus Zika yang berpunca menerusi pemindahan darah dilapor di Brazil pada Khamis. - Foto Reuters

BRASILIA: Dua kes virus Zika yang berpunca menerusi pemindahan darah dilapor di Brazil pada Khamis sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap wabak itu yang dikaitkan dengan kecacatan pada bayi baharu lahir dan merebak menerusi gigitan nyamuk. Pendedahan kes menerusi pemindahan darah itu dikesan di bandar perindustrian, Campinas dekat Sao Paulo dua hari selepas pihak berkuasa Texas berkata, seorang dijangkiti virus itu melalui hubungan seks. Kebimbangan terhadap virus itu semakin memuncak pada ketika Brazil membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada Ogos lebih-lebih lagi dengan kehadiran berpuluh ribu atlet dan pelancong. Setakat ini, tiada vaksin atau rawatan untuk menyembuhkan Zika, yang mengakibatkan penularan virus berkenaan di sekurang-kurangnya 26 negara di benua Amerika. Penyelidik Brazil berharap untuk membangunkan rawatan akan diuji terhadap manusia pada tahun ini. Sementara itu, Pengarah Pusat Darah Universiti Campinas, Dr. Marcelo Addas Carvalho berkata, ujian genetik mengesahkan seorang lelaki menerima darah daripada seorang pesakit yang dijangkiti pada Mac 2015 disah dijangkiti walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121403

No comments:

Post a Comment