Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Virus Zika: China sahkan kes import pertama

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 8:38 AM

CHINA mengesahkan kes import pertama Zika pada lewat semalam ketika kebimbangan memuncak terhadap virus yang cepat merebak itu dan dikaitkan dengan kecacatan pada bayi yang baru lahir terutama di Amerika Latin. - Foto EPA


BEIJING: China mengesahkan kes import pertama Zika pada lewat semalam ketika kebimbangan memuncak terhadap virus yang cepat merebak itu dan dikaitkan dengan kecacatan pada bayi yang baru lahir terutama di Amerika Latin.

Beberapa kes penyakit berkaitan nyamuk dilaporkan di Asia tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan darurat global untuk memerangi Zika memandangkan kes merebak di merata tempat. Pegawai di China berkata, lelaki berusia 34 tahun disahkan dijangkiti virus itu selepas pulang dari Venezuela pada 28 Januari lalu dan dilaporkan mengalami, demam, sakit kepala dan pening.

Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan menyatakan lelaki dari daerah Ganxian di tenggara wilayah Jiangxi itu kini semakin pulih dengan suhu badan pada tahap normal dan kesan ruam semakin hilang.

 Dia melancong dari Hong Kong dan Shenzhen dan sudah dikuarantin dan dirawat di hospital Ganxian sejak 6 Februari lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122927

No comments:

Post a Comment