Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Van haram Thailand bermaharajalela




BEGINILAH keadaan perhentian kereta sewa di Jalan Doktor, Kota Bharu yang lengang disebabkan kegiatan van haram dari Thailand.


KOTA BHARU – Kehadiran van haram dari Thailand yang aktif mengambil penumpang menimbulkan kebimbangan kepada pemandu kereta sewa tempatan di negeri ini.
Ini kerana, pemandu-pemandu van haram itu bukan sahaja telah menutup pintu rezeki mereka malah pernah bertindak samseng apabila memberi ancaman menggunakan senjata api kepada pemandu kereta sewa tempatan.
Salah seorang pemandu kereta sewa yang hanya ingin dikenali sebagai Pok Wie mendakwa, dia pernah menerima ugutan daripada kumpulan pemandu van haram terbabit.
“Saya sangat takut dan bimbang kerana kumpulan van dari sempadan ini pernah mengancam saya dengan senjata api supaya tidak membawa penumpang dari Thailand,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Jalan Doktor dekat sini baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3zcrxPhuD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment