Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Twitter sekat 125,000 akaun kandungan keganasan

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 5:57 PM





WASHINGTON: Twitter mengumumkan sudah menyekat lebih 125,000 akaun, kelmarin - kebanyakan dikaitkan dengan kumpulan militan IS. Tindakan itu dibuat sebagai usaha membasmi 'kandungan keganasan' dalam platform mesej popular di laman sosial itu. Menurut kenyataan Twitter hari ini, akaun yang digantung sejak pertengahan 2015 disasarkan kerana wujud elemen ancaman atau menggalak tindakan keganasan. Difahamkan, ini kerana pihak mereka menerima tekanan daripada kerajaan untuk bertindak tetapi ketika sama ia tidak mahu dilihat sebagai menapis secara efektif kebebasan bersuara. "Seperti kebanyakan orang lain di dunia, kami terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pelampau," jelas Twitter mengenai dasar blog mereka. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan Twitter untuk menggalakkan keganasan dan peraturan Twitter adalah jelas bahawa sikap seperti ini atau sebarang ancaman keganasan tidak dibenarkan dalam perkhidmatan kami," menurutnya lagi. Pengumuman itu dibuat selepas Amerika Syarikat dan kerajaan lain mendesak rangkaian laman sosial mengambil tindakan agresif membasmi aktiviti yang bertujuan merekrut dan merancang keganasan. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121844



No comments:

Post a Comment