Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Tuntut atasi pembuangan pekerja

Jakarta: Ribuan anggota kesatuan sekerja semalam membanjiri bandar raya ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran, mendesak kerajaan menghentikan pemberhentian pekerja di syarikat multinasional.
Perhimpunan serentak diadakan di Jakarta, Bogor, Batam, Bekasi, Depok, Medan Surabaya, Semarang dan Tangerang.
Pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSPI) Said Iqbal berkata, secara keseluruhan seramai 30,000 anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan.
“Hari ini, 30,000 pekerja menuntut dua perkara: pertama, menghentikan pemberhentikan pekerja Indonesia, kedua, mendesak kerajaan membatalkan peraturan yang menetap gaji minimun,” katanya ketika berucap di perhimpunan di Jakarta.
Pperhimpunan di ibu negara itu bermula di Hotel Indonesia sebelum peserta berarak ke Istana Negara dan berakhir dengan berhimpun di Kelapa Gading, daerah komersial di Jakarta Utara.
Beberapa syarikat Jepun dan Korea Selatan sebelum ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan pekerja masing-masing di kilang mereka di Indonesia.
Menurut KSPI, ribuan pekerja akan kehilangan pekerjaan mereka jika rancangan itu dilaksanakan.
Naib Presiden Jusuf Kalla yang menyifatkan dakwaan kesatuan itu sengaja dibesar-besarkan, berikrar meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi mengurangkan kesan pembuangan pekerja pada 2016. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:05 AM


SEBAHAGIAN daripada ribuan pekerja yang menyertai perhimpunan di Jakarta, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113132#sthash.j98gthH1.dpuf

No comments:

Post a Comment