Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Tersepit Di Eskalator, Kanak-Kanak Hilang Bahagian Kaki


Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 2:30 PM
-foto Twitter @BombaJBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil untuk mendapatkan semula bahagian kaki kanak-kanak yang terputus selepas tersepit di eskalator di KL Sentral.


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Isnin ketika budak lelaki yang berusia empat tahun itu keluar bersama keluarganya.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kaki kanak-kanak itu tersekat di eskalator di platform komuter KTM.

"Dia telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum kami dipanggil untuk mendapatkan semula sebahagian daripada kakinya.

"Kami menghantar enam anggota ke tempat kejadian dari Balai Bomba Pantai dan berjaya mendapatkannya semula kira-kira dua jam kemudian," katanya sambil menambah kaki itu segera diserahkan kepada pegawai hospital.

No comments:

Post a Comment