Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

"Tak Ada Apa-Apa Nak Selindung," Kata Khalid Kepada Ku Li


Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 1:22 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin melihat dalaman kereta Perodua Axia yang baharu diterima pada Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia sebagai Kenderaan Peronda Komuniti di Bukit Aman, Rabu. Kenderaan peronda ini akan digunakan oleh Balai Polis Brickfields, Taman Tun Dr Ismail dan skuad unit khas Amanita.

KUALA LUMPUR: Polis tidak menyembunyikan kadar peratusan jenayah yang berlaku di negara ini seperti didakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengeluarkan statistik kadar jenayah yang sebenar dan tiada apa yang perlu diselindungkan mengenainya.
"Kalau dia (Tengku Razaleigh) tahu kadar jenayah yang sebenar, suruh dia dedahlah.

"Kami tak ada apa-apa yang nak selindung," katanya kepada pemberita, Rabu.

Khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia 'Kenderaan Peronda Komuniti' sumbangan Perodua kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tengku Razaleigh atau Ku Li yang mendakwa polis tidak memberitahu kadar peratusan jenayah sebenar yang didakwa meningkat.
Ku Li membuat kenyataan tersebut ketika hadir pada majlis di Taman Tun Dr Ismail yang dihadiri bekas pegawai tinggi kerajaan, doktor, pensyarah universiti, ahli politik, diplomat, mahasiswa dan pengamal media.
Pada pertemuan itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li mendakwa pada masa ini ramai di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaaan, menyebabkan mereka terpaksa melakukan jenayah.
Dakwanya, dalam isu ini kerajaan tidak melakukan sebarang usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment