Search This Blog

Thursday, February 4, 2016

STAGG tahan 82 suspek judi atas talian


04 Februari 2016 12:32 AM


KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bu­kit Aman menahan 82 individu yang dipercayai terlibat dalam perjudian atas talian dalam serbuan berasingan di beberapa premis di sekitar Puchong di sini malam semalam.
Dalam serbuan bermula kira-kira pukul 10.50 malam itu, polis turut merampas sebanyak 223 buah komputer dan komputer riba yang diubah suai dan wang tunai berjumlah RM2,577 untuk aktiviti perjudian.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kesemua yang ditahan merupakan 69 pelanggan dan 13 penjaga premis yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Menurut beliau, antara yang ditahan termasuk beberapa warga asing seperti Myanmar, Indonesia dan Nepal.
Jelasnya, serbuan dibuat berdasarkan risikan pihak dan maklumat daripada orang awam.
“Ada beberapa premis yang pernah diserbu sebelum ini tetapi dikesan kembali beroperasi walaupun tindakan sudah diambil.
“Premis berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan secara tersembunyi dengan memfokuskan kepada pelanggan tetap, manakala kawasan premis terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/stagg-tahan-82-suspek-judi-atas-talian-1.186624#sthash.mjgJpzQn.dpuf

No comments:

Post a Comment