Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan hari ini berkata, hasil maklumat diterima, pihak penguat kuasa SFC Sibu me­lakukan serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, suspek-suspek telah melarikan diri dengan membawa peralatan dan jentera dalam operasi haram itu.
“Kita percaya lori dan jentera berat digunakan dengan kesan laluan yang jelas untuk keluar dari kawasan berkenaan,” katanya.
Jelas kenyataan itu, pihaknya akan meningkatkan lagi penguatkuasaan dengan lebih berkesan dan senyap agar pembalak haram dapat ditangkap di tempat kejadian.
“Hasil pemeriksaan 52 kayu ba­lak pelbagai jenis dan saiz ditemukan kira-kira 13 meter padu.
“Kayu balak ini dimiliki secara haram kerana tiada sebarang cop jabatan hutan malah kawasan itu jauh dari kawasan yang dilesenkan bagi pembalakan,” ujarnya.
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bintangor dan kes akan diserahkan kepada jabatan hutan untuk siasatan lanjut.