Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Seoul lepas tembakan amaran

Seoul lepas tembakan amaran

9 FEBRUARI 2016

SEOUL - KOREA SELATAN. Tentera Laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran terhadap bot peronda Pyongyang yang didakwa menceroboh kawasan pertikaian sempadan maritim, semalam.
Kementerian Pertahanan memberitahu bot milik Korea Utara itu melintasi sempadan Laut Kuning sebelum jam 7 pagi (waktu tempatan).
"Bagaimanapun, ia segera berundur kira-kira 15 minit kemudian selepas lima das tembakan amaran dilepaskan," kata jurucakapnya.
Difahamkan, bot peronda itu telah menyeberangi Garisan Had Utara (NLL) di Laut Kuning yang tidak diiktiraf oleh Pyongyang selepas Perang Korea pada 1950-53 berakhir.
Seoul kini meningkatkan amaran pada tahap tinggi sehari selepas Korea Utara melancarkan roket yang didakwa sebenarnya adalah ujian peluru berpandu balistik.
Selain itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye turut menggesa semua pihak sentiasa berwaspada dengan sebarang tindakan provokasi Pyongyang. - Reuter
s

No comments:

Post a Comment