Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Sembilan remaja ditahan terlibat kes pergaduhan


11 Februari 2016 1:24 AM

TAWAU 10 Feb. – Akibat dendam lama dan perselisihan faham, sembilan remaja ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di luar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merotai, di sini minggu lalu.
Kesemua yang ditahan berusia 15 hingga 18 tahun dan lapan daripada mereka merupakan pelajar sekolah berkenaan manakala seorang lagi adalah bekas pelajar.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang guru di sekolah berkenaan berhubung penyebaran video satu insiden pergaduhan melibatkan pelajar mereka di luar kawasan sekolah berhampiran stesen bas.
Menurutnya, hasil siasatan men­dapati, pergaduhan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas acara sukan tahunan sekolah berkenaan berakhir pada 4 Februari lalu.
“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermotifkan dendam lama selain perselisihan faham sesama pelajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Fadil memberitahu, kesemua sembilan suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak supaya melaporkan segera kejadian pergaduhan tanpa menunggu hingga menjadi viral.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-remaja-ditahan-terlibat-kes-pergaduhan-1.189029#sthash.b52Yagfc.dpuf

No comments:

Post a Comment