Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Sembilan kereta hangus

Bintulu: Sembilan kereta yang diletakkan di bahagian luar sebuah bengkel musnah terbakar di Batu 6, Jalan Bintulu-Tatau, di sini, 5 pagi tadi.
Kejadian disedari orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.09 pagi.
Katanya, sebaik tiba, api marak membakar sebahagian kenderaan yang dipercayai milik pelanggan di bengkel berkenaan.
"Kebakaran dikawal kira-kira 20 minit kemudian sekali gus mengelak beberapa kenderaan lain di luar bengkel itu daripada musnah.
"Pemilik bengkel sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan punca serta jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 8:28 AM


API marak membakar kenderaan. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113806#sthash.HLGlzvGt.dpuf

No comments:

Post a Comment