Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Sebutan Semula Kes Penggal Kepala Pekerja Barang Lusuh 7 Mac


Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 1:47 PM
Muhamad Naji Saad ketika dibawa ke mahkamah di Tanjung Malim pada prosiding akhir tahun lalu.

TANJUNG MALIM: Mahkamah Majistret di sini menetapkan kes seorang pemandu lori yang dipercayai memenggal kepala seorang pekerja kedai barang lusuh disebut semula pada 7 Mac.
Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria menetapkan tarikh itu bagi menunggu arahan Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk mendapatkan arahan selanjutnya dan laporan kimia.
Muhamad Naji Saad, 35, didakwa membunuh K. Ganesan, 50, yang ditemukan dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang, di tepi jalan Kampung Batu 4, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, arah Slim River, pada 2.30 pagi, 13 November 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ella Mohamad Zip dan tertuduh diwakili peguam Hatim Musa.-- Bernama

No comments:

Post a Comment