Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

'Saya mahu jumpa dia'

Shah Alam: “Saya berhasrat untuk bertemu Ecah (Siti Nuraisyah) di hospital, namun apakan daya saya tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan kerana pendapatan tidak menentu selain jarak hospital yang jauh dari rumah di Sabak Bernam.
“Namun, saya berdoa dapat bertemunya selepas dia pulang ke rumahnya nanti,” kata Salasiah Sahat, 40, pemandu Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan dengan Siti Nuraisyah Sahrin, 13, pelajar sekolah yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori, bulan lalu.
Salasiah berkata, ketika mengetahui Siti Nuraisyah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, beliau memang berhasrat menziarahi remaja perempuan itu tetapi tidak mempunyai cukup wang.
“Saya berjumpa keluarga Siti Nuraisyah dan memaklumkan akan bertemu pelajar terbabit apabila pulang ke rumah,” katanya, semalam.
Ibu tunggal kepada enam anak itu berkata, selepas insiden berkenaan, dia banyak belajar bersabar berikutan pada awalnya ramai pihak menyalahkannya.
Katanya, dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, malah beranggapan kejadian ini adalah satu pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka yang belum mempunyai lesen kenderaan menunggang motosikal.
Menurutnya, walaupun terkesan dengan kejadian selain menerima cemuhan masyarakat kerana dipersalahkan, beliau tetap meneruskan kehidupan dengan menyara anaknya hasil berniaga burger secara kecil-kecilan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 9:28 AM


Salasiah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113831#sthash.nGUoVl37.dpuf

No comments:

Post a Comment