Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Saya disingkir kerana kritik Najib isu 1MDB, RM2.6 bilion, kata Mukhriz

OLEH MD IZWAN

Published: 3 February 2016 11:37 AM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Star, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Star, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insider

oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.


Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan penyingkirannya selaku menteri besar Kedah berpunca daripada kritikan lantangnya terhadap skandal membabitkan perdana menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion.

Dalam pengumuman peletakan jawatannya hari ini, Mukhriz berkata, isu-isu yang dibangkitkan tersebut merupakan alasan sebenar beliau disingkirkan. "Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya ialah kerana kritikan yang saya suarakan terhadap perdana menteri seperti yang beliau sendiri akui. "Kritikan yang dimaksudkan adalah mengenai skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion dan meningkatnya bebanan sara hidup rakyat akibat GST (cukai barang dan perkhidmatan)," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman pagi ini.


Mukhriz menyifatkan alasan yang diberikan kumpulan penentang yang mendesaknya berundur sebagai tidak berasas sama sekali."Tiada alasan munasabah dikemukakan mereka tersebut berkaitan kewibawaan saya dalam mentadbir negeri Kedah.
"Malah, rakyat rata-rata menerima segala inisiatif yang saya mulakan demi kesejahteraan rakyat Kedah," katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaaan dengan kemelut dalaman Umno yang melanda Kedah hingga mengheret pihak Istana ke kancah politik."Lebih dikesali, tindakan mereka itu mengheret pihak Istana ke kancah politik dalaman Umno," katanya.Menurut Mukhriz, tindakan melepaskan jawatannya itu diambil bagi mengelak daripada kemelut berpanjangan hingga akhirnya menyukarkan hidup rakyat."Menjamin kesejahteraan rakyat adalah keutamaan saya.

Bagi mengelak daripada kemelut politik ini berpanjangan, hingga menjejas pentadbiran negeri dan merugikan rakyat, maka saya mengambil pendirian membuat keputusan ini," katanya.Hari ini, kemelut politik Kedah selesai selepas semua persoalan terjawab apabila Mukhriz sendiri mengumumkan peletakan jawatannya.Ia berlarutan hampir dua minggu selepas sidang media diadakan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, persoalan mengenai menteri besar baharu menjadi misteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan nama yang dipersetujui walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Jemaah Diraja Kedah.Hari ini, pihak Wisma Darul Aman juga secara rasmikan mengumumkan Ahmad Bashah menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar. – 3 Februari, 2016.

No comments:

Post a Comment