Perjalanan kereta api ke ibu ne­geri wilayah selatan Guangdong itu terpaksa ditangguhkan selepas kawasan utara dan tengah negara ini membeku, menyebabkan tiada pengangkutan alternatif untuk orang ramai yang mahu meninggalkan kawasan terlibat.
Menurut anggota polis, jumlah mereka yang terkandas di stesen-stesen utama di Guangzhou dan timur Guangzhou mencecah hampir 100,000 kelmarin, sekali gus memaksa seramai 4,000 anggota polis dan pengawal keselamatan dikerah untuk mengawal keselamatan di kawasan berkenaan.
Guangdong merupakan kawasan utama pengilangan janakuasa yang menempatkan sejumlah besar pekerja dari kawasan luar bandar China.
Kebanyakan mereka pulang ke kampung halaman masing-masing setahun sekali bagi merayakan tahun baharu itu yang akan diraikan pada 8 Februari ini.
Fenomena berkenaan turut memberi tekanan terhadap infrastruktur pengangkutan China.
Kerajaan mengganggarkan sebanyak 2.9 billion perjalanan akan berlangsung sepanjang cuti selama 40 hari iaitu pergerakan manusia yang terbesar di dunia.
Banyak kawasan di negara ini dilanda cuaca sejuk melampau bermula hujung bulan lalu dengan beberapa kawasan dilanda salji buat pertama kali.
Polis Guangzhou turut memberi amaran pengangkutan kereta api akan menjadi kucar-kacir berikutan keadaan cuaca buruk yang dijangka berterusan. – AFP