Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Rumah mangsa kebakaran terbakar

Kangar: Dua puluh rumah penempatan semula mangsa kebakaran di Taman Pelangi, Kuala Perlis, di sini, terbakar petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5.10 petang itu, seorang lelaki berusia 33 tahun melecur di bahu dan lengan ketika memadam kebakaran sementara seorang lagi lelaki turut melecur ketika menyelamatkan barang dalam rumah.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.18 petang dan tiba 19 minit kemudian membabitkan tujuh jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar, BBP Simpang Empat, BBP Arau dan BBP Kuala Perlis.
Menurutnya, seorang pegawai dan 17 anggota dibantu 35 ahli bomba sukarela bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu.
“Api cepat merebak disebabkan rumah itu diperbuat daripada kayu dan api berjaya dikawal 6.15 petang.
“Dalam kejadian itu dua lelaki melecur,”katanya.
Menurutnya, kawasan itu adalah penempatan semula mangsa kebakaran kawasan Kampung Puju, Kuala Perlis lebih 10 tahun lalu.
“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 8:40 PM


Kebakaran membabitkan 20 rumah di Taman Pelangi, Kuala Perlis, petang tadi. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113515#sthash.WkJtC8RM.dpuf

No comments:

Post a Comment