SAFRIZAL AZMI
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari ketika dia bersama isteri, Na­zatul Islah Zulkifly, 29, serta anak pe­rempuannya kembali ke rumah tersebut kira-kira pukul 11 malam tadi.
“Sebaik sahaja isteri membuka pintu rumah, kami dapati lampu dan kipas di ruang tamu terpasang sementara pintu bilik yang dikunci terbuka. Keadaan rumah juga berselerak digeledah pencuri.
“Kami dapati pintu belakang di bahagian dapur terbuka luas akibat diumpil. Semua barangan berharga habis dilarikan termasuk set kamera milik syarikat bernilai kira-kira RM25,000,” kata­nya kepada pemberita di sini hari ini.
Antara barangan lain yang hilang adalah televisyen 40 inci, dua ka­mera kompak, iPad, dua komputer riba, barang kemas milik anak, sebuah basikal lasak serta wang tunai berjumlah RM2,000.
Safrizal menambah, beliau percaya pencuri berkenaan berada lama di rumah yang sudah tiga tahun di­sewanya itu memandangkan pelbagai barangan termasuk yang bersaiz besar turut diangkut bersama.
“Segala macam makanan dan minuman ringan dihabiskan manakala puntung rokok yang dihisap pencuri turut ditemukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa kira-kira pukul 1.52 pagi ini.
“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.