CHUAH GHEE LYE
CHUAH GHEE LYE
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ganjaran itu ditawarkan kepada individu yang dapat memberi maklumat baharu sehingga membawa kepada tangkapan suspek yang melarikan wang tunai RM400,000 daripada pengawal keselamatan di hadapan sebuah bank.
“Polis meminta sesiapa yang dapat memberikan maklumat baharu berhubung kejadian rompakan di depan sebuah bank di Pulau Sebang untuk menghubungi mana-mana balai polis atau talian hotline polis di 06-2854222,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 20 Januari lalu itu, seorang penjenayah bertindak nekad melarikan beg berisi wang tunai kira-kira RM400,000 yang sedang dibawa keluar pengawal keselamatan dari Maybank cawangan Pulau Sebang.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila penjenayah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.
Sementara itu, Ghee Lye berkata, Op Selamat 8 sempena Tahun Baharu Cina yang akan dilancarkan bagi peringkat negeri esok turut menyaksikan penubuhan pasukan khas bertujuan melakukan penguatkuasaan menyeluruh lalu lintas membabitkan 'jalan maut' di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
“Pasukan khas bagi zon selatan ini akan berpusat di Muar, Johor bertujuan mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan ini,” katanya.