Search This Blog

Friday, February 5, 2016

Rizalman 
ditahan di rumah


Susulan dakwaan cuba rogol wanita tempatan
05 Februari 2016 1:04 AM



WELLINGTON 4 Feb. - Bekas pembantu staf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi tuduhan cuba merogol, hari ini dikenakan tahanan di rumah selama sembilan bulan.
Defendan berumur 38 tahun itu dituduh menghendap dan cuba merogol wanita tempatan, Tania Billingsley pada Mei 2014 di rumahnya di sini, berdekatan lokasi Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Muhammad Rizalman yang ketika itu merupakan seorang atase tentera mengaku melakukan kesalahan tersebut selepas menafikan pertuduhan awal iaitu cubaan merogol dan memecah masuk ke rumah mangsa.
Dalam kejadian itu, Muhammad Rizalman dikatakan mengekori Billingsley ke rumahnya sebelum memasuki bilik mangsa dalam keadaan separuh bogel.
Hakim David Collins ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata, tindakan defendan itu membuat mangsa berasa terancam walaupun ketika berada di rumah sendiri.
Jelas Collins, walaupun mangsa tidak disentuh dan diserang secara seksual, perbuatan defendan disifatkan sebagai telah ‘dirancang’ dengan baik.
“Kamu (Muhammad Rizalman) telah salah anggap dengan senyuman mangsa dan menganggapnya sebagai satu tarikan seksual.
“Maka, sebab itulah kamu mengekori mangsa dan sanggup menunggu di luar rumahnya untuk tempoh yang lama,” ujar beliau.
Peguam Muhammad Rizalman, Donald Stevens dalam pada itu memohon supaya hukuman tersebut diringankan atas beberapa alasan termasuk defendan dikatakan menghidap penyakit mental. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rizalman-8232-ditahan-di-rumah-1.186962#sthash.XOQkA8pX.dpuf

No comments:

Post a Comment