Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Rentung kereta terbabas dan terbakar

Miri: Individu yang belum dikenal pasti identitinya rentung apabila kereta dipandu terbabas dan terbakar di Jalan Pujut Hospital, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta dan gagal menyelamatkan diri.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.46 pagi berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng dikerahkan ke lokasi dan berjaya memadam kebakaran itu pada 12 tengah hari.
"Mangsa ditemui di tempat duduk pemandu, bagaimanapun, identiti mangsa masih belum diketahui berikutan rentung sepenuhnya.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Hospital Miri untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 3:12 PM


Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta yang menyaksikan pemandu kereta itu rentung pagi tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113472#sthash.nsFZbfuw.dpuf

No comments:

Post a Comment