SEREMBAN - Seorang remaja perempuan maut selepas kereta‎ dipandunya terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Seremban-Tampin di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap polis, remaja itu Chong Jia Yan, 19, yang berasal dari Taman Seremban Jaya di sini meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira 1.30 pagi itu.
"Siasatan polis mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan kemudiannya terbabas sehingga melanggar sebatang tiang lampu yang berada di tengah pembahagi jalan," katanya.
Menurutnya, seorang daripada dua saksi kejadian itu yang memberhentikan kenderaan untuk memberi bantuan kepada mangsa, mengalami cedera ringan selepas sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.
Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi‎ Bernama hari ini mengesahkan kemalangan itu. - Bernam
a