Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Remaja 14 Tahun Korban Pertama Banjir Di Johor


Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 5:36 PM

LEDANG: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menjadi korban pertama banjir di Johor apabila lemas ketika mandi di parit di Kampung Tanjung Labuh, di sini Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Azhar Elmi Mustofar berkata, remaja itu dikenali sebagai Abdul Hadi Abdul Hamid dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama dua rakannya pada kira-kira 2.30 petang.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 2.53 petang telah menggerakkan sebuah jentera dan kenderaan utiliti bersama-sama lapan anggota serta dua pegawai ke lokasi kejadian.
"Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan pada kira-kira 3.06 petang dan pada 3.14 petang, bomba berjaya menemukan dan mengeluarkan mangsa dari dasar parit sedalam kira-kira 3.6 meter," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Daerah Ledang dilanda banjir susulan hujan lebat pada Sabtu dan setakat 12 tengah hari Ahad, 59 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang Tengah di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment