Wilayah-wilayah tersebut ialah Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Songkla, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Bencana, Chatchai Promlert berkata, cuaca buruk itu turut dipengaruhi oleh tiupan angin monsun timur laut, manakala ketinggian ombak dijangka mencecah dua hingga tiga meter.
“Justeru, bot-bot kecil perlu menjauhi kawasan pantai, manakala penduduk di wilayah-wilayah yang terjejas pula dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada,” katanya seperti laporan Bangkok Post.
Tambah beliau, penduduk yang memerlukan bantuan pula boleh menghubungi talian 1784 yang dibuka 24 jam jika berlaku sebarang kecemasan.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan berlakunya air pasang bertekanan tinggi dari China hingga ke bahagian utara Thailand pada tarikh berkenaan.
Justeru, suhu di beberapa wilayah di utara Thailand dijangka menurun kepada 3 hingga 5 darjah Celcius.