Ernest John
Difahamkan, mangsa biasanya memilih mangsa wa­nita untuk diperas ugut.
Kegiatan suspek dan gambarnya juga telah dimuat naik dan tersebar di media sosial, Facebook baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Ernest John berkata, seorang pengadu wanita berusia 24 tahun telah membuat laporan polis semalam setelah dia dituduh melanggar suspek di lampu isyarat Wisma Seberkas pada pukul 3.30 petang kelmarin.
Menurutnya, suspek berusia 34 tahun yang menunggang motosikal dengan plat nombor QCD162 tiba-tiba datang kepada mangsa dan menuduh telah melanggarnya menyebabkan kecederaan di bahagian kanan lengan.
Ujarnya, suspek kemudian meninggalkan motosikal di sebuah stesen minyak dan membawa mangsa pergi ke bengkel di Batu 9 Jalan Penrissen.
“Pemilik bengkel menyatakan kos baik pulih motosikal itu adalah RM400 dan mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada suspek.
“Hasil siasatan, mangsa menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana kemalangan manakala suspek ditangkap kerana disyaki membuat aduan palsu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.