Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Polis Hong Kong, penjaja haram bertempur

Hong Kong: Polis antirusuhan Hong Kong yang bersenjata melepaskan tembakan amaran dan semburan lada selepas rusuhan berlaku apabila pihak berkuasa cuba memindahkan penjaja haram, dalam pertempuran paling buruk sejak protes prodemokrasi pada 2014.
Rakaman televisyen menunjukkan seorang polis menghalakan pistol terhadap orang ramai yang membaling bata, botol dan kepingan kayu terhadap anggota dalam kejadian pada hari Tahun Baru Cina itu.
Jurucakap polis berkata, 48 polis dan 25 penunjuk perasaan cedera. Katanya, 23 lelaki dan seorang wanita berusia 17 hingga 70 tahun ditangkap.
Empat wartawan juga cedera termasuk seorang terkena bata, kata Persatuan Wartawan Hong Kong di Facebooknya.
Polis melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan amaran ke udara, lapor media tempatan - sesuatu yang jarang berlaku di Hong Kong.
Rakaman turut menunjukkan orang ramai mengorek batu dari kaki lima dan membakar sampah di tengah jalan.
Kejadian berlaku selepas polis cuba mengusir penjaja haram sebelum orang ramai datang membantu kerana menganggap kumpulan itu memeriahkan lagi suasana tahun baru.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:12 AM


PERUSUH melontar bata ke arah polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113761#sthash.ik7JmTrm.dpuf

No comments:

Post a Comment