Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Pesawat pelatih TNI terhempas, atas rumah penduduk

10 FEBRUARI 2016

Pesawat pelatih TNI terhempas, atas rumah penduduk

 Antara model pesawat EMB-314 Super Tucano yang dilaporkan terhempas.

 MALANG - INDONESIA. Pesawat milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas lagi, kali ini dilaporkan terhempas di penempatan penduduk Blimbing, dekat Malang, Jawa Timur Indonesia.
Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Penerangan dan Perpustakaan (Kapentak) Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh, Mayor Sus Hamdi Londong Allo SS berkata, pesawat yang terjatuh itu adalah jenis Tukano daripada Sjadron 21.
“Yang jatuh pesawat latih (pelatih). Kami belum bisa merinci, (kami belum boleh memperincikan kes ini,” ujarnya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.
Pesawat dilaporkan terhempas  di Simpang 4 LA Sucipto dan mengenai rumah penduduk Blimbing.
Dua penduduk yang bernama Pujianto dan  Nyonya Pujianto maut di tempat kejadian.
Sementara itu, dua juruterbang Ivy Safatillah dan pembantu berjaya dikeluarkan daripada pesawat itu dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Kesemua mereka dibawa ke Rumah Sakit Syaiful Anwar (RSSA), Malang.
Ini merupakan kali kedua, pesawat TNI dilaporkan terhempas
.

No comments:

Post a Comment