Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Peragut panjat pagar serang wanita

Wangsa Maju: Tindakan amat agresif apabila seorang peragut bertindak memanjat pintu pagar sebuah rumah sebelum menyerang seorang wanita yang berada di dalam kediaman itu.
Rakaman video kejadian jenayah itu menjadi viral di media sosial sejak awal minggu ini, apabila mangsa berusia 61 tahun kemudian bertindak mengejar suspek yang melarikan diri menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, video menjadi viral itu disahkan berlaku di kawasan perumahan berhampiran Ayer Panas, Setapak di sini, kira-kira jam 2 petang pada 29 Januari lalu.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, mangsa mulanya dilihat berjalan kaki menuju ke dalam kawasan rumahnya.
“Sebaik pintu pagar automatik kediaman mangsa tertutup rapat, suspek bagaimanapun nekad memanjat pagar itu dan menyerang mangsa,” katanya.
Menurutnya, berlaku pergelutan sebelum penjenayah merampas beg tangan mangsa dan berlari ke arah jalan.
“Mangsa yang tidak puas hati cuba mengejar suspek namun tindakan itu menyebabkan dia terjatuh.
“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya yang menanti di luar kediaman mangsa,” katanya.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:48 AM


RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek melarikan diri selepas menyerang pemilik rumah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112907#sthash.tZAiPpK2.dpuf

No comments:

Post a Comment