Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Penyamun pecah masuk restoran kebas 10 ekor udang kara




CONTOH udang kara yang dilarikan penyamun dari sebuah restoran di Seberang Perai semalam.


SEBERANG PERAI – Seorang pengurus sebuah restoran makanan Barat di Lebuh Tenggiri 2, Seberang Jaya di sini panik selepas mendapati 10 ekor udang kara yang diletak di dalam akuarium premis berkenaan dicuri dalam kejadian pecah masuk semalam.
Lelaki berketurunan Cina berusia 50 tahun itu mula menyedari kejadian tersebut selepas dimaklumkan pekerjanya sebaik membuka restoran eksklusif berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang juga pengadu kemudiannya bergegas ke premis berkenaan dari rumahnya di Paya Terubong, Air Itam sebaik menerima panggilan telefon daripada pekerjanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3zihag6XH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment