Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Penunggang motosikal maut cedera parah di kepala



SARINAH MAT KASIM 3 FEBRUARI 2016 NILAI - Seorang penunggang motosikal maut, apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280 Lebuhraya Plus Arah Selatan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, Jefri Jabas Maryuli, 29, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Masdar Suminggu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.44 petang dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian.
Katanya, sampai ke lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang penungang motosikal jenis Honda, telah terperosok di belakang lori seberat tiga tan, yang rosak di lorong kecemasan.
"Sebaik sahaja menghampiri, mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang parah dibahagian kepala serta beberapa anggota badan yang lain.
"Akibat hentakkan yang kuat, mangsa dan motosikalnya telah terperosok dan tersepit di bahagian roda belakang lori itu, sehingga menyebabkan keadaan mangsa parah.
"Kita mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, dua buah jentera termasuk sebuah unit kenderaan EMRS dari tol statik Nilai,  dikejarkan ke lokasi untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital Tuanku Jaafar Seremban dengan menaiki kenderaan  EMRS bomba untuk tindakan susulan
.

No comments:

Post a Comment