Search This Blog

Thursday, February 4, 2016

Penumpang disedut keluar dari pesawat?


Insiden libatkan Airbus A321 di Somalia masih misteri
Embedded image permalink

04 Februari 2016 1:05 AM


Embedded image permalink

Lubang yang terbentuk akibat letupan dipercayai bom pada badan pesawat Daallo Airlines dengan nombor penerbangan D3159 di Mogadishu, Somalia, kelmarin. AGENSI

MOGADISHU 3 Feb. - Seorang penumpang disedut keluar dari sebuah pesawat pada ketinggian 4,267 meter selepas satu lubang besar terbentuk di bahagian badan pesawat Airbus A321 dipercayai berpunca akibat letupan bom.
Saksi kejadian berkata, lelaki yang tidak dikenali itu terbakar teruk sebelum disedut keluar dari pesawat kira-kira 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di Mogadishu, Somalia kira-kira lima minit selepas pesawat syarikat Daallo Airlines dengan nombor penerbangan D3159 berlepas.
Susulan kejadian itu, seorang pegawai polis di pekan Balad, Mohamed Hassan berkata, penduduk tempatan menemukan mayat seorang lelaki tua yang dipercayai penumpang tersebut.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan laporan penumpang disedut keluar daripada pesawat itu selepas syarikat Daallo Airlines mengesahkan hanya dua orang penumpang cedera dalam kejadian letupan itu yang menyebabkan lubang besar terbentuk dengan ukuran kira-kira 1.62 diameter.
Sementara itu, juruterbang pesawat itu, Vladimir Vodopivec, 64, percaya letupan tersebut berpunca akibat bom, tetapi berasa lega kerana masih mampu mengawal pesawat untuk berpatah semula dan selamat mendarat di lapangan terbang.
“Saya tidak pernah berdepan dengan kejadian seperti ini sepanjang karier sebagai juruterbang.
“Kami kehilangan tekanan udara di dalam kabin, tetapi saya bersyu­kur insiden ini berakhir dengan selamat,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Seorang daripada penumpang, Mohamed Ali berkata, dia dan penumpang lain mendengar bunyi letupan kuat sebelum api menyebabkan lubang besar terbentuk di bahagian sisi pesawat.
“Saya tidak pasti sama ada letupan itu berpunca daripada letupan bom atau renjatan elektrik dan tidak pasti tentang laporan seorang penumpang disedut keluar dari pesawat itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penumpang-disedut-keluar-dari-pesawat-1.186683#sthash.dCBcvn5h.dpuf

No comments:

Post a Comment