Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Penumpang biadap kencing ke arah penumpang lain

Lelaki yang ditahan orang ramai, kelmarin

 PARIS - PERANCIS. Satu pergaduhan besar berlaku selepas seorang lelaki bertindak membuang air kecil ke arah penumpang lain selepas tidak dibenarkan merokok dan minum arak dalam pesawat, kelmarin.
Menurut laporan Dailymail, pesawat penerbangan Air Mediterranee tersebut sedang dalam perjalan dari Algiers, Algeria ke Paris, Perancis.
Menurut seorang penumpang, pergaduhan berakhir selepas kru pesawat bekerjasama dengan penumpang lain dan menjatuhkan lelaki tersebut ketika penerbangan.
Kejadian tersebut juga menyebabkan kapten pesawat mendarat awal di Lyon untuk menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.
September lepas, kejadian seumpamanya berlaku selepas seorang lelaki yang baru bangun tidur ketika penerbangan tiba-tiba membuang air kecil ke arah penumpang lain dalam penerbangan JetBlue
.

No comments:

Post a Comment