Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Peniaga Besi Buruk Maut Selepas Bergaduh Di Kelab Malam


Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 10:01 AM

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga besi buruk mati dipercayai dipukul rakan-rakannya dalam satu pergaduhan di Jalan Dutamas, di sini awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohd Sukri Kaman berkata pergaduhan berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila si mati yang dikenali sebagai Ashok, 31, dikatakan telah bergaduh di dalam sebuah kelab malam akibat tidak berpuashati dengan rakan-rakannya sendiri.

"Rakan-rakannya cuba menyelesaikan pergaduhan itu di luar dan membawa si mati menaiki sebuah kenderaan ke suatu tempat," katanya kepada Bernama Isnin.

Mohd Sukri berkata adik ipar si mati yang turut berada di kelab malam itu menyedari kehilangannya dan ia telah diminta suspek untuk menemui abang iparnya di hadapan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Katanya, setiba di kawasan tersebut, dia mendapati abang iparnya cedera parah di kepala dan muka.

Abang ipar itu mati dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohd Sukri berkata adik ipar si mati telah melaporkan kejadian tersebut di pondok polis HKL kira-kira 7.25 pagi tadi dan hasil siasatan lanjut, polis telah mengenalpasti salah seorang dari tiga suspek yang terlibat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment