Timbalan Ketua Setiausaha Tainan, Liu Shih-chung berkata, waran tangkap itu dikeluarkan kepada Lin Ming-hui iaitu pemaju bangunan Wei-guan Golden Dragon dan dua yang lain.
Berikutan kejadian runtuhan tersebut, pelbagai persoalan timbul berhubung kualiti pembinaan bangunan berkenaan terutama bahan yang digunakan.
Menurut saksi kejadian, mereka melihat tin minyak kosong dalam rongga-rongga bangunan dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membina bangunan terlibat.
Media Taiwan juga melaporkan tentang penemuan polistirena yang dicampur dengan simen untuk menyokong rasuk bangunan.
Tainan digegar dengan gempa bumi pada pukul 4 pagi waktu tempatan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dengan kebanyakan mereka yang terkorban ditemukan di bawah bangunan Wei-guan Golden Dragon, manakala dua lagi dijumpai di beberapa tempat di bandar terlibat.
Pasukan penyelamat kini memberi tumpuan di kawasan runtuhan bangunan setinggi 17 tingkat itu berikutan seramai 100 lagi individu masih hilang dan dipercayai tertimbus dalam runtuhan tersebut. – Reuters