Search This Blog

Thursday, February 4, 2016

Pantai di Murud ragut 13 nyawa

Mumbai: Perkelahan pelajar dan pensyarah sebuah kolej menjadi tragedi apabila sekurang-kurangnya 13 penuntut mati lemas di sebuah pantai di Murud, Maharashta, barat India.
Seramai 155 penuntut dari Pune pergi ke pantai itu dan sebahagian mereka mula berenang dalam laut kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan apabila 13 mangsa berusia antara 19 hingga 23 tahun lemas selepas dihanyutkan ombak.
Menurut Penolong Inspektor polis daerah Raigad, Arvind Patil, mangsa yang mati ialah 10 wanita dan tiga lelaki.
Penuntut terbabit dari Kolej Abeda Inamdar di Pune yang menyediakan pengajian sastera, seni dan perniagaan.
Jurucakap tentera laut, Komander Rahul Sinha, berkata sehingga 18 penuntut menghadapi masalah dalam laut dan enam daripada mereka yang berjaya diselamatkan, dibawa ke hospital.
Pegawai pentadbir kolej berkenaan, P A Inamdar, berkata antara lapan hingga 10 kakitangan berada bersama penuntut terbabit. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 4:45 PM


Seorang mangsa diletakkan ke atas pengusung sebelum dibawa ke hospital. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111924#sthash.2EXb7cCh.dpuf

No comments:

Post a Comment