Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Orang Ramai Gempar Bas Dua Tingkat Meletup Di London


Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:53 PM

ORANG ramai di kawasan sekitar bangunan Big Ben, London pada Ahad gempar apabila sebuah bas merah dua tingkat meletup semasa melaluijambatan dekat lokasi tumpuan pelancong serata dunia itu.
Insiden letupan itu bukan angkara pengganas tetapi sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran filem terbaharu Jackie Chan yang turut dibintangi Pierce Brosnan.
Badan pengangkutan di London, Transport for London (TfL) telah memberi amaran kepada orang ramai Jambatan Lambeth dekat Big Ben ditutup untuk penggambaran itu.
Menerusi kenyataan TfL di Twitter, ia berkata, laluan akan ditutup antara pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari untuk penggambaran.
Seorang jurucakap untuk pihak berkuasa pelabuhan London turut mengesahkan adegan lagak ngeri bagi sebuah filem akan dirakamkan di atas jambatan itu. 
Ahli Parlimen bagi parti Konservatif untuk Mid Worcestershire, Nigel Huddleston memuat naik video letupan berkenaan di Twitter berserta mesej: "Siapa yang bimbang tentang letupan bas di Jambatan Lambeth sebentar tadi? Ia hanya adegan sebuah filem."
Filem berkenaan diarahkan oleh Martin Campbell, yang turut terlibat dalam filem James Bond, Casino Royale dan GoldenEye. - Mail Online

No comments:

Post a Comment