Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Maut langgar belakang kereta

Taiping : Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang kereta yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian di Kilometer 9.5, Jalan Taiping - Bagan Serai, dekat Kamunting, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, lelaki berusia 22 tahun itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa menunggang motosikal berseorangan dari Tol Kamunting ke pekan Taiping.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian mangsa dikatakan melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta yang terletak di bahu kiri jalan.
"Berikutan rempuhan yang kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala dan muka.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 2:45 PM


Keadaan di lokasi kemalangan. FOTO Yahya Awang
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113464#sthash.RuR9Iw3N.dpuf

No comments:

Post a Comment