Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Lelaki tahan sakit 30 minit, kereta masuk gaung

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 1:32 PM




Oleh Mohd Shafik Zainol Abidin bhnews@bh.com.my


ALOR GAJAH: Seorang pekerja kontrak binaan menanggung kesakitan selama setengah jam apabila kakinya tersepit pada papan pemuka kereta selepas kenderaan dipandu terhumban ke dalam gaung, pagi tadi.

Muhammad Husaini Abd Wahab, 27, dalam perjalanan ke Masjid Tanah dari Paya Mengkuang sebelum terbabit dalam kemalangan di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Sebaik tiba di Kampung Solok Binjai, kereta PROTON Putra dipandunya gagal dikawal dan menjunam ke gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Mangsa yang patah kaki kanan, dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan.

MUHAMMAD Husaini diusung kakitangan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto oleh Muhammad Zuhairi Zuber

ORANG awam membantu mengeluarkan Muhammad Husaini yang tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka, pagi tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

No comments:

Post a Comment