Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Lelaki ditemui lemas

Sarikei: Mayat seorang daripada dua lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Belawai, Isnin lalu, ditemui terdampar di tebing sungai Tanjung Rebujok, 7.45 pagi tadi.
Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui lengkap berpakaian terdampar di tebing sungai oleh seorang nelayan yang menghubungi pasukan penyelamat.
Mayat dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan pengecaman.
Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa  diteruskan pagi ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 9:27 AM


PASUKAN penyelamat membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis. FOTO Khalid Latip
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113829#sthash.fCjZh3dR.dpuf

No comments:

Post a Comment