Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Lelaki ditanam hidup-hidup rupanya masih bernyawa

10 FEBRUARI 2016

Lelaki ditanam hidup-hidup rupanya masih bernyawa

 CAMPOS DOS GOYTACAZES - BRAZIL. Seorang lelaki ditemui masih hidup walaupun dikuburkan dan ditinggalkan dalam sebuah kubur.

Memetik laporan Daily.Mail keluarga lelaki itu telah menemuinya selepas dikhabarkan oleh seseorang bahawa dia telah mati dan dikuburkan di Perkuburan Caju di bandar Campos dos Goytacazes, Brazil.

Sementara, menurut laporan berita tempatan, keluarga itu telah melawat tanah perkuburan tersebut untuk memeriksa kubur dan berdoa tetapi secara tidak sengaja terlihat penutup kubur lelaki itu seolah-olah 'ada sesuatu yang tidak kena'

Malahan mereka juga mendapati terdapat kesan darah yang masih kelihatan di kawasan kubur lelaki itu.

Terkejut dengan apa yang mereka saksikan, keluarga itu segera menghubungi polis dan kakitangan tanah perkuburan.

Dalam pada itu, anggota bomba turut dipanggil untuk membuka penutup kubur itu, selepas ia dibuka bomba mendapati seorang lelaki yang cedera teruk terbaring di dalam kubur itu.

"Dia terus dibawa ke Hospital Machado Ferreira yang berhampiran dan keadaan kesihatannya kini telah dilaporkan sebagai stabil," petik jurucakap bomba tersebut.

Apa yang berlaku adalah masih belum jelas, tetapi polis telah mengesahkan bahawa mereka kini menjalankan siasatan dan mensyaki bahawa wujudnya cubaan membunuh terhadap lelaki itu
.

No comments:

Post a Comment